❉ !!InDa SeCReT LiFe!! ❉ Gaji Baru SSM 2012 | ❉ InDa SeCReT LiFe ❉

Monday, 2 April 2012

Gaji Baru SSM 2012






Salam 1 Malaysia....

Masuk je ofis pagi tadi ade berita gembira yang member Inda bagitau..... tunggakan gaji akan dapat end of April ni. Bestnyerla.... Bolehla beli barang dalam Wishlist tu kan...



Sebelum ini kecoh pasal, Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Tapi atas permintaan CUEPACS.....SBPA ini telah dibatalkan dan digantikan dengan Gaji baru Sistem Saraan Malaysia kerana ramai pegawai yang mungkin tidak berpuas hati dengan SBPA. Bagusla CUEPACS tu .... bantu golongan kakitangan perkhidmatan awam. 


Hampir 3 bulan kita menunggu gaji baru pegawai perkhidmatan awam untuk 2012, Alhamdulillah, akhirnya pekeliling gaji baru Sistem Saraan Malaysia (SSM) telah keluar. Kenaikan gaji sehingga 13% dari gaji hakiki bermula 1 Januari 2012. Maknanya kita akan dapat tunggakan gaji selama 3 bulan. Banyak tu. At least bolehla Inda guna duit tu untuk bayar insurans kereta yang akan tamat tempoh Mei ni. Alhamdulillah....


Semua pegawai kerajaan layak menerima gaji baru SSM ini kecuali pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib buang kerja pada atau sebelum 1 Januari 2012 dan pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Januari 2012.


Pegawai kontrak, sementara atau guru sandaran juga layak menerima gaji baru SSM ini.



Nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 2012 iaitu kenaikan gaji pegawai perkhidmatan awam persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).  Muat turun je kat link di bawah ni....





Apa komen korang tentang SSM baru ini? Puas hati ke? Jom kite kongsi....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . All Right Reserved by Inda Secret Life